Wednesday, December 1, 2010

perjalanan yang tiada henti =)

HATI suka berjalan-jalan sambil melihat reaksi-reaksi di jalanan
di jalanan, dia terjumpa ramai kawan-kawan
MARAH, SEDIH, EGO,GEMBIRA, CINTA, NAFSU, TENANG dan lain- lain
ada sesetengah dari mereka HATI suka lepak bersama.


Apabila HATI berjalan-jalan di tengah bandaraya
dia mesti akan selalu berselisih dengan MARAH
MARAH muka dia bengis, tak pernah senyum
HATI takut untuk bertegur dengan MARAH disebabkan kebengisan MARAH
oleh itu, dia sangat berharap tidak akan berjumpa dengan MARAH
dan mengharap juga MARAH tidak akan menegur HATI apabila mereka berselisih.


HATI suka memerhatikan EGO
bagi HATI, EGO mempuanyai ciri-ciri sotisfikated, yakin pada diri sendiri dan tidak suka bergantung pada orang lain
kadang-kadang, bila HATI berborak dengan EGO, EGO selalu nak menang.
HATI biarkan sahaja EGO menang
tapi yang melucukan, EGO tidak mengalah dalam melakukan kerja walaupun kerja itu boleh menampakkan kebodohan diri sendiri terhadap orang lain.


HATI suka berkawan dengan GEMBIRA
GEMBIRA boleh mmbuatkan HATI gelak tak henti-henti
senyum memanjang
tapi GEMBIRA selalu sibuk dengan rutin harian, kalau selisih pun, tak berkesempatan berbual panjang.


berjalan dan berjalan lagi, HATI ada perasan sesuatu
HATI tak dapat membezakan antara CINTA dan NAFSU
tapi bila pandang dan tenung lama-lama terhadap mereka, nampak juga perbezaan mereka
NAFSU ni, luaran nampak segak.tapi bila ditenung, NAFSU ni pengotor sedikit
padahal CINTA, mmg luaran segak, dan sangat pembersih
HATI suka berbual panjang dengan CINTA kerana kadang-kadang bila berbual dengan CINTA, HATI merasakan sesuatu yang mmbuatkan HATI ingin terus berbual panjang dengan CINTA
HATI cuba elak berbual dengan NAFSU disebabkn sifat pengotor NAFSU

awas, walaupun NAFSU dengan CINTA berbeza, mereka ada juga persamaan
mereka mampu mematahkan HATI sampaikan HATI tidak tahu macam mana nak sambungkan diri HATI balik
NAFSU dan CINTA paling bahaya setakat ni.


kemudian, dia berjumpa dengan SEDIH
SEDIH ni suka menangis
disebabkan kasihan, HATI sanggup tinggal di rumah SEDIH beberapa tahun untuk menenangkan SEDIH
kadang-kadang berjaya juga, tapi kebanyakkan masa tidak berjaya
HATI hampa..
sampai kan suatu masa, HATI membuat keputusan untuk meninggalkn SEDIH begitu sahaja.


HATI meneruskan perjalanan sambil banyak berselisih dengan kawan-kawan HATI
HATI juga merasakan HATI harus mencari seseorang untuk berkawan rapat
siapakah seseorang itu, HATI pun tidak tahu.


sampai lah di sebuah pantai, HATI terjumpa dengan TENANG
TENANG sedang duduk di gigi pantai sambil bermain dengan pasir
HATI mendudukkan diri si sebelah TENANG, mahu cuba berkawan dengan TENANG
TENANG sangat optimistik dan tidak mementingkan diri sendiri
TENANG cuba sedaya upaya mendengar apa yang dikatakan oleh HATI
HATI berasa sangat selesa dengan TENANG membuatkan HATI leka dalam meneruskan perjalnan
TENANG juga mmbuatkan HATI merasa dekat dengan Tuhan.


HATI selesa di pantai itu bersama TENANG.
HATI tidak mahu pulang ke kesibukkan bandaraya.
tapi HATI harus juga pulang ke sana, ramai kawan-kawan HATI di sana
HATI tetap berjanji dengan TENANG, HATI akan kembali ke pantai itu untuk berjumpa kembali.





4 comments: