SAJAK AMINAH QUTB BUAT BAKAL SUAMI
Sekiranya,
kita cinta pada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang,
mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang,
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh,
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu.
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukan jodoh yang,
ditetapkan oleh Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah,
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
info : Aminah Qutb merupakan adik permpuan kepada seorang tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.
p/s : sajak ni diambil dr buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. dikarang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin.
sajak ni best n menarik.renung2kn... =)
best! :)
ReplyDeletekn?heee..bku dy pown not bad
ReplyDelete