Friday, May 28, 2010

pernahkah??

pernah tak kau rasa bagaimana aku rasa?
perasaan yang kadang2 boleh buat kita menangis tanpa disedari,
perasaan yang kadang2 juga boleh mmbuatkn kite ketawa dengan sendirinya,
pernahkah kau memiliki perasaan sebegitu?

perasaan ini seperti membunuhku,
orang kata, kalau tak luahkan, kita akan rasa lebih sakit di dalam,
bila kita luahkan, kita akan rasa lebih tenteram, aman,
pernahkah kau rasa seperti apa yang aku rasa

pernah juga aku luahkan apa yang aku rasa,
untuk rasa lebih selesa, tenteram,
cerita kepada kawan, seberapa ramai kawan smpai aku puas,
tapi..........

aku tidak mendapat apa2 dari luahan perasaan,
malah aku merasa lebih sakit di dalam, mahu menangis berulang kali,
ketawa dengan sendirinya selepas menangis, tapi,
perasaan itu masih kekal di situ,
ada sesiapa yang memahami perasaan itu?
pernahkah kau merasainya?

aku bukan tidak menghargai apa yang dinasihatkn oleh mereka-mereka,
tapi bagiku, apa yang mereka kata, tidak memberi makna bagi ku,
mereka tidak pernah merasai apa yang rasai,
maaf, bukan niat untuk menyinggung,
tapi kata2mu, susah untuk hadam,

berbekalkan hati yang tabah, aku harungi cabaran ini,
berbekalkan iman di dada, aku berdoa padamu ya Allah,
walaupun tiada sesiapa yang memahami perasaan ini,
aku berharap aku tidak akan terpesong dari jalanmu

pernahkah kau rasa apa yang aku rasa, wahai teman?
perasaan yang tidak dapat digmbarkan oleh kata2,
hanya luaran sahaja, jika kau mampu untuk membacanya,
pernahkah?

No comments:

Post a Comment