Tuesday, November 22, 2011
old feeling that should be forgotten by now
Thursday, November 10, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.. =)
Assalamualaikum W.B.T
Kadang-kala aku merasakan sesuatu di hati,
Rasanya mcm ada terdapat luka di hati,
Luka di hati ini membuatkan aku mempunyai beribu rasa,
Geram, marah, rindu,
Itu adalah antara perasaan yang paling utama.
Aku bertanya pada hati
Mengapakah engkau membiarkan diri engkau cedera?
Tidakkah engkau sayang kepada diri sendiri?
“Aku tidak mengingati punca aku cedera jadi,
Aku mahu biarkan luka ini sembuh sendiri”
Aku bertanya pada hati
Tidakkah engkau penat menahan cedera itu wahai hati?
“Sesungguhnya aku percaya luka ini akan sembuh,
Apabila engkau merawat aku dengan ubat-ubatan yang sesuai”
Aku bertanya pada hati
Apakah rawatan yang sesuai wahai hati?
“Perjalanan yang panjang dapat mematangkan diri engkau,
Yakinlah bahawa apabila kau melakukan sesuatu dan hasilnya kau merasa tenang,
Maka itulah rawatan yang sebaik-baiknya”
Aku bertanya pada hati
Bagaimanakah aku dapat mengetahui itu adalah rawatan sebaik-baiknya?
“Apabila engkau merasa tenang untuk tempoh yang panjang,
Dan pada masa yang sama,
Engkau dapat melakukan kerja seharian tanpa rasa terbeban,
Itulah yang sebaik-baiknya”
Aku bertanya pada hati
Adakah perasaan itu akan kekal?
“Bergantung kepada amalan kau,
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”
Baiklah hati,
Aku akan cuba mencari rawatan sebaik-sebaiknya,
Tetapi
Bagaimana kalau engkau masih luka wahai hati?
“Kembalilah kepada pencipta-Mu,
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim,
InsyaAllah”
^_^